Posts

Showing posts from June, 2013

Street

Image
All Hope Is Gone- Slipknot berdentum di telinga. Hati seperti seakan mahu pecah dengan kadar degupan. Kaki juga melangkah seiringan malah semakin meningkatkan kelajuan. Kickflip- bigspin- lipslide- tailslide, dan kembali dengan kickflip. "Jo, sekali lagi dia libas buat trick aku syak tulang belakang dia boleh patah seribu." Tiga mata memerhati. Dia kembali dengan 360 flip tanpa berhenti. Satu-persatu trick bertukar silih ganti. Dari tiba di park sampai sekarang manusia yang satu ini tidak berenggang dengan dek. Malah earphone tidak langsung ditanggalkan apatah lagi mahu mengeluarkan walau sepatah perkataan. "Ed!" Jo memanggil. "Ed!" Kali ini Adi dan Kucai ikut sama melaung dari luar park. Dek diberhentikan secara mengejut. Earphone ditanggalkan. "Apa?" "Maghrib." Jo mengangkat tangan kirinya, menunjuk jam. Ed mengangguk faham. Dek di kaki diperhati. Lambat-lambat dia mengambil dan melangkah pergi.