Posts

Prolog

Jo yang sedang melukis di tepi diperhati. Laju pensil mekanikal berlari di atas kertas putih. Sepertinya Jo terlampau khusyuk untuk diganggu dengan soalan-soalan di benak kepalanya. Tidak mengapalah, dia menggumam sendiri. Mata segera dilarikan pada tasik di hadapan. Terus pada biasan cahaya yang mengikut kocakan di atas air. Cantik. Sekilas dia menggulung senyum. Sungguh. Aku terlupa pada yang satu ini. Dalam pada menjalani kehidupan yang tiada henti, dan pada masalah yang terlampau difikiri. Aku lupa pada kebesaran Ilahi. Pada setiap satu zarah kehidupan yang wujud. Yang mana ia juga ciptaan Tuhan. Ignorant bukan? Pedih kepalanya dituju pensil mekanikal. "Kau kenapa senyum sendiri? Terkenan dekat anak dara mana pula kali ni?" Laju Jo menyoal. Kepala yang di jadikan tapak pensil mekanikal mendarat disapu kasar. Kusut masai rambut yang tadinya bersikat. "Kot ye pun nak terjah peluru berpandu, bagi lah salam. Anak dara mana. Tu hah tasik, cantik." Muncun
Tuhan, mohon beri aku kekuatan.
Then your hearts became hardened after that, being like stones or even harder. For indeed, there are stones from which rivers burst forth, and there are some of them that split open and water comes out, and there are some of them that fall down for fear of Allah . And Allah is not unaware of what you do. Al-Baqarah verse 74 Senyum. Ikhlas.

i

So verily, with the hardship, there is relief, Verily, with the hardship, there is relief, Al-Insyirah verse 5 - 6 Mata terhenti di bacaan ke lima dan enam. Diturunkan telefon bimbitnya yang masih terbuka aplikasi Al-Quran. "Tuhan itu kan adil." Perlahan dia menggumam antara dengar dengan tidak. Semuanya pun ada hikmah. Antara sedar atau tidak. Semuanya, literally. Bukan hanya pada sesetengah perkara. Bukan hanya pada sesetengah manusia. Hikmah itu merangkumi setiap kejadian dan juga semua hamba. Lambat-lambat kepala mengangguk sendiri. Jadinya, kena sentiasa bersangka baik lah kan? Soalnya pada diri. Tangan masih dilarikan pada meja, melukis dengan hanya ingatan di kepala. Tanpa pen mahupun dakwat yang mengisi lukisan imaginasi. Dah betul lah tu. Kena sentiasa bersangka baik. Walaupun ketika itu segala jenis bala yang ada dalam dunia menimpa diri sendiri. Walaupun ketika itu dah rasa nak jatuh tersembam mencium bumi. Senyum tersinggung di hujung bibir.

Street

Image
All Hope Is Gone- Slipknot berdentum di telinga. Hati seperti seakan mahu pecah dengan kadar degupan. Kaki juga melangkah seiringan malah semakin meningkatkan kelajuan. Kickflip- bigspin- lipslide- tailslide, dan kembali dengan kickflip. "Jo, sekali lagi dia libas buat trick aku syak tulang belakang dia boleh patah seribu." Tiga mata memerhati. Dia kembali dengan 360 flip tanpa berhenti. Satu-persatu trick bertukar silih ganti. Dari tiba di park sampai sekarang manusia yang satu ini tidak berenggang dengan dek. Malah earphone tidak langsung ditanggalkan apatah lagi mahu mengeluarkan walau sepatah perkataan. "Ed!" Jo memanggil. "Ed!" Kali ini Adi dan Kucai ikut sama melaung dari luar park. Dek diberhentikan secara mengejut. Earphone ditanggalkan. "Apa?" "Maghrib." Jo mengangkat tangan kirinya, menunjuk jam. Ed mengangguk faham. Dek di kaki diperhati. Lambat-lambat dia mengambil dan melangkah pergi.

Iman, apa khabar kamu hari ini?

Image
Tangan kanan itu kembali menyentuh dada. Lama. Mata dipejam kejap. Hati dan akal berbicara menukar tanda. Sepakat berkata bahawa, itu rasanya. Rasa. Ya, rasa itu kembali. Rasa itu datang lagi di sini. Rasa itu melabuhi hati. Rasa itu sepertinya- sakit! Sakit yang sungguh tak terperi. Sepertinya sudah tidak dapat ditahan lagi. Hati sudah tewas dengan perasaan sendiri. Perlahan air jernih itu membasahi pipi. Juga hati dalam sunyi. "Allah." Susah payah dengan sendu mulut mengucapkan. Terketar-ketar bibir mengeluarkan. Semakin laju air jernih itu mengalir membasahkan. "Allah." Penuh kesakitan. "Apa khilafku, Ya Allah. Apa salahku, Ya Allah. Apa yang telah aku lakukan mengundang murka-Mu, Ya Allah." Tangan tetap pada dada. Degupan itu masih terasa. Degupan itu tiada tandingnya. Degupan itu laju bagai tiada penghalangnya. Degupan itu tidak mahu menurun tahap kelajuannya. Degupan itu seperti berkon

Kerana aku ini, manusia biasa.

Aku ini hanya seorang manusia biasa, Yang tidak mewah hartanya, Yang tidak menawan paras rupanya, Yang tidak indah perilakunya, Yang tidak tinggi IQnya. Tetapi dengan ketidaksempurnaan itulah aku mencuba, Sekurang-kurangnya untuk menjadi sempurna, Walau hakikatnya aku tahu manusia itu tiada yang sempurna, Melainkan kekasih-Nya. Segala khilafku cuba aku buang dalam perjalanan masa, Segala dosa aku cuba untuk meminta keampunan dari-Nya, Segala kekurangan aku sedang cuba diperbetulkan, Agar setanding dengan keindahan yang diberi Tuhan. Aku ini sedang mencuba, Untuk perbetulkan semuanya, Untuk mengindahkan ciptaan-Nya. Kerana itu-, Aku mohon bantulah aku, Berilah aku kekuatan untuk menjalani hari-hariku, Berilah aku kesempatan untuk mengubah perilaku ku, Agar aku bisa menjadi hamba yang patuh pada Yang Satu. Kerana itu-, Aku memohon bantuan darimu, Jangan memperkecilkan niatku, Walau aku tahu aku tidak sesempurna kamu, Jangan m