Prolog

Jo yang sedang melukis di tepi diperhati. Laju pensil mekanikal berlari di atas kertas putih. Sepertinya Jo terlampau khusyuk untuk diganggu dengan soalan-soalan di benak kepalanya. Tidak mengapalah, dia menggumam sendiri. Mata segera dilarikan pada tasik di hadapan. Terus pada biasan cahaya yang mengikut kocakan di atas air. Cantik. Sekilas dia menggulung senyum.

Sungguh. Aku terlupa pada yang satu ini. Dalam pada menjalani kehidupan yang tiada henti, dan pada masalah yang terlampau difikiri. Aku lupa pada kebesaran Ilahi. Pada setiap satu zarah kehidupan yang wujud. Yang mana ia juga ciptaan Tuhan. Ignorant bukan?

Pedih kepalanya dituju pensil mekanikal. "Kau kenapa senyum sendiri? Terkenan dekat anak dara mana pula kali ni?" Laju Jo menyoal.

Kepala yang di jadikan tapak pensil mekanikal mendarat disapu kasar. Kusut masai rambut yang tadinya bersikat. "Kot ye pun nak terjah peluru berpandu, bagi lah salam. Anak dara mana. Tu hah tasik, cantik." Muncung mulutnya diarahkan pada pemandangan di hadapan.

Tersengih Jo melihat rambut sahabatnya yang satu ini. "Tu lah, pergi mengelamun sampai ke bulan kenapa. Aku panggil dari tadi tak menyahut." Ditunjuk beg di sisi. Dah berkemas dari tadi.

Pecah ketawa mereka berdua. "Bukan mengelamun, ni namanya mengamati keindahan. Kau apa tahu. Nampak yang cantik, laju saja nak rakam dalam kertas. Cuba sekali-sekala berhenti. Perhati." Leher sahabatnya yang satu itu dirangkul rapi.

Bersambung.

Comments

Popular posts from this blog

Kerana aku ini, manusia biasa.

Iman, apa khabar kamu hari ini?

Street