Posts

Showing posts from March, 2012

Kerana aku ini, manusia biasa.

Aku ini hanya seorang manusia biasa, Yang tidak mewah hartanya, Yang tidak menawan paras rupanya, Yang tidak indah perilakunya, Yang tidak tinggi IQnya. Tetapi dengan ketidaksempurnaan itulah aku mencuba, Sekurang-kurangnya untuk menjadi sempurna, Walau hakikatnya aku tahu manusia itu tiada yang sempurna, Melainkan kekasih-Nya. Segala khilafku cuba aku buang dalam perjalanan masa, Segala dosa aku cuba untuk meminta keampunan dari-Nya, Segala kekurangan aku sedang cuba diperbetulkan, Agar setanding dengan keindahan yang diberi Tuhan. Aku ini sedang mencuba, Untuk perbetulkan semuanya, Untuk mengindahkan ciptaan-Nya. Kerana itu-, Aku mohon bantulah aku, Berilah aku kekuatan untuk menjalani hari-hariku, Berilah aku kesempatan untuk mengubah perilaku ku, Agar aku bisa menjadi hamba yang patuh pada Yang Satu. Kerana itu-, Aku memohon bantuan darimu, Jangan memperkecilkan niatku, Walau aku tahu aku tidak sesempurna kamu, Jangan m

Jatuh. #3

Image
Assalamualaikum. Aku mungkin bukan orang yang sabar. Tetapi aku cuba menjadi satu. Sebagai manusia, aku iyakan apa sahaja yang kamu kata. Sebagai manusia, aku tidak membantah apa sahaja yang kamu rasa yang kamu tahu semuanya. Sebagai manusia, aku diam apabila kamu mengeji yang aku tidak seindah rupa. Sebagai manusia, aku senyum apabila cacianmu menyakiti hatiku yang tidak seberapa. Sebagai manusia, aku cuba untuk bersabar seadanya. Sebagai manusia, aku terima kutukanmu dengan hati yang terbuka. Sebagai manusia, aku juga tahu aku tidak sempurna. Sebagai manusia, aku tahu jika aku tidak membuat apa-apa pasti Tuhan akan membalas perbuatanmu dengan apa yang kau perlakukan pada setiap hambanya yang tidak berdosa. Aku ada khilafnya. Yang satu persatu aku cuba buang dalam perjalanan masa. Aku masih mencuba. Dan ya, mencuba. Terima kasih untuk semuanya. Jika niatku disalah anggapkan, teruskan dengannya. Jika aku tahu aku tidak bersalah, Allah tahu apa yang aku kerjakan, apa yang ak

Jatuh. #2

Image
Saat hati sedang di landa ribut taufan yang tak mahu berhenti. Saat diri mahu bertukar menjadi raksasa dan mengamuk dengan semua yang ada. Saat fikiran berserabut seperti benang kait yang bersimpulan tiada tanda penghujung. Saat dunia kelihatan seperti hitam kelam tanpa warna yang menyerikannya. Saat itu datang pelangi yang mencuri masuk dalam pandangan. Saat itu datang matahari seperti segan memancarkan cahaya di kegelapan. Saat itu jugalah datang si burung berkicauan mematikan lamunan bahawa raksasa itu hanya wujud dalam bayangan. Apabila hati bersulamkan suramnya awan gelap di awangan, Allah datangkan cahaya rembulan dari kejauhan untuk bantuan berjalan supaya tidak jatuh terhempas dek kegelapan. Datangnya dalam bentuk tulisan. Yang diilhamkan oleh Tuhan kepada mahluknya yang berlainan. Matahari ; Sesungguhnya Nabi telah bersabda; "Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah merek