Jatuh. #3

Assalamualaikum.

Aku mungkin bukan orang yang sabar. Tetapi aku cuba menjadi satu.


Sebagai manusia, aku iyakan apa sahaja yang kamu kata. Sebagai manusia, aku tidak membantah apa sahaja yang kamu rasa yang kamu tahu semuanya. Sebagai manusia, aku diam apabila kamu mengeji yang aku tidak seindah rupa. Sebagai manusia, aku senyum apabila cacianmu menyakiti hatiku yang tidak seberapa. Sebagai manusia, aku cuba untuk bersabar seadanya. Sebagai manusia, aku terima kutukanmu dengan hati yang terbuka. Sebagai manusia, aku juga tahu aku tidak sempurna. Sebagai manusia, aku tahu jika aku tidak membuat apa-apa pasti Tuhan akan membalas perbuatanmu dengan apa yang kau perlakukan pada setiap hambanya yang tidak berdosa.

Aku ada khilafnya. Yang satu persatu aku cuba buang dalam perjalanan masa. Aku masih mencuba. Dan ya, mencuba.

Terima kasih untuk semuanya. Jika niatku disalah anggapkan, teruskan dengannya. Jika aku tahu aku tidak bersalah, Allah tahu apa yang aku kerjakan, apa yang aku tidak kerjakan, apa yang aku disalahkan. Dan Allah sebaik-baik pembalas di hari pembalasan.

"Ya Allah, jika sudah ditakdirkan Kau turunkan ujian dan dugaan. Aku terima. Jika sudah ditakdirkan ini saat kesusahan. Aku terima. Jika sudah ditakdirkan ini namanya pengalaman mendewasakan. Aku terima. Jika ditakdirkan ini yang akan aku lalui dengan. Juga aku terima.

Cuma yang aku mahu tunjukkan pada mereka tentang apa yang sebenarnya. Tunjukkan pada mereka salah-faham yang mereka sendiri reka. Tunjukkan pada mereka balasan atas apa yang mereka lakukan atas manusia yang tidak tahu apa salahnya. Tunjukkan pada mereka balasan atas apa fitnah terhebat yang mereka lemparkan pada manusia yang niat disalah ertikan dengan fikiran mereka."

Comments

HZQH said…
Blog awak sangat bagus. Saya admire awak.... Saya pun sedang mencari identiti diri dan mencari keredhaan Allah.. Blog awak best. Sangat menarik.. Sangat menyentuh hati ini.. Ya Allah kau berkatilah empunya blog ini.. Dia telah mencuba sebaik mungkin untuk berdakwah dan telah membawa aku ke sini...
Anonymous said…
suke sgt blog ni..tp hati masih tidak kuat.. terima kasih..terima kasih.. mudah-mudahan blog ini menjadi inspirasi sy seterusnya..amin
Anonymous said…
hati sy tidak sekuat hati awak.. doakan sy
salam,, betul, saya sokong fathlea, hehe..
perubahan dalam diri bukan diterntukan oleh org laen sebaliknya diri kita sendiri.. selamat berjuang kawan semoga Allah memberkatimu.. (^_^)
saat org laen gembira, aku tersungkur sendiri, mencari apa salahku disebalik semua ini.. namun, aku sedar kegembiraan sekarang bukanlah selama2nya, banyak lagi yg perlu diperbaiki dalam mencari redha Illahi.. namun, semua itu bukan mustahil, tp percayalah ia mungkin terjadi.. kita kena kuat, sabar dan banyakkan berdoa.. =)

Popular posts from this blog

Kerana aku ini, manusia biasa.

Iman, apa khabar kamu hari ini?

Street