i

So verily, with the hardship, there is relief,
Verily, with the hardship, there is relief,
Al-Insyirah verse 5 - 6


Mata terhenti di bacaan ke lima dan enam. Diturunkan telefon bimbitnya yang masih terbuka aplikasi Al-Quran. "Tuhan itu kan adil." Perlahan dia menggumam antara dengar dengan tidak.

Semuanya pun ada hikmah. Antara sedar atau tidak. Semuanya, literally. Bukan hanya pada sesetengah perkara. Bukan hanya pada sesetengah manusia. Hikmah itu merangkumi setiap kejadian dan juga semua hamba. Lambat-lambat kepala mengangguk sendiri.

Jadinya, kena sentiasa bersangka baik lah kan? Soalnya pada diri. Tangan masih dilarikan pada meja, melukis dengan hanya ingatan di kepala. Tanpa pen mahupun dakwat yang mengisi lukisan imaginasi. Dah betul lah tu. Kena sentiasa bersangka baik. Walaupun ketika itu segala jenis bala yang ada dalam dunia menimpa diri sendiri. Walaupun ketika itu dah rasa nak jatuh tersembam mencium bumi.

Senyum tersinggung di hujung bibir. Diambil pen dari mug berlukisan infiniti. Sebelah tangan lagi mencapai memo pad di dalam laci.

Dua baris ayat dari Surah Al-Insyirah laju mengisi di dada memo pad kuning di tangan. Lantas dilekatkan pada board di hadapan. Supaya tidak lupa nanti jika datang raja bala bergolek nak bagi lenyek diri, sekurang-kurangnya masih ada peringatan yang boleh diingati. Tak ada lah terus tersungkur langsung tak bangun lagi.


To the precious mémoires: 0111-1215,16:19BJ
Untuk diri sendiri yang tidak mengerti,
Untuk kamu yang juga mungkin sukar  untuk memahami.

Comments

Popular posts from this blog

Kerana aku ini, manusia biasa.

Iman, apa khabar kamu hari ini?

Street