Tuhan, mohon beri aku kekuatan.
Jatuh. #3
Assalamualaikum. Aku mungkin bukan orang yang sabar. Tetapi aku cuba menjadi satu. Sebagai manusia, aku iyakan apa sahaja yang kamu kata. Sebagai manusia, aku tidak membantah apa sahaja yang kamu rasa yang kamu tahu semuanya. Sebagai manusia, aku diam apabila kamu mengeji yang aku tidak seindah rupa. Sebagai manusia, aku senyum apabila cacianmu menyakiti hatiku yang tidak seberapa. Sebagai manusia, aku cuba untuk bersabar seadanya. Sebagai manusia, aku terima kutukanmu dengan hati yang terbuka. Sebagai manusia, aku juga tahu aku tidak sempurna. Sebagai manusia, aku tahu jika aku tidak membuat apa-apa pasti Tuhan akan membalas perbuatanmu dengan apa yang kau perlakukan pada setiap hambanya yang tidak berdosa. Aku ada khilafnya. Yang satu persatu aku cuba buang dalam perjalanan masa. Aku masih mencuba. Dan ya, mencuba. Terima kasih untuk semuanya. Jika niatku disalah anggapkan, teruskan dengannya. Jika aku tahu aku tidak bersalah, Allah tahu apa yang aku kerjakan, apa yang ak...
Comments