Street


All Hope Is Gone- Slipknot berdentum di telinga. Hati seperti seakan mahu pecah dengan kadar degupan. Kaki juga melangkah seiringan malah semakin meningkatkan kelajuan. Kickflip- bigspin- lipslide- tailslide, dan kembali dengan kickflip.

"Jo, sekali lagi dia libas buat trick aku syak tulang belakang dia boleh patah seribu."

Tiga mata memerhati. Dia kembali dengan 360 flip tanpa berhenti. Satu-persatu trick bertukar silih ganti. Dari tiba di park sampai sekarang manusia yang satu ini tidak berenggang dengan dek. Malah earphone tidak langsung ditanggalkan apatah lagi mahu mengeluarkan walau sepatah perkataan.

"Ed!" Jo memanggil.

"Ed!" Kali ini Adi dan Kucai ikut sama melaung dari luar park.

Dek diberhentikan secara mengejut. Earphone ditanggalkan.

"Apa?"

"Maghrib." Jo mengangkat tangan kirinya, menunjuk jam.

Ed mengangguk faham. Dek di kaki diperhati. Lambat-lambat dia mengambil dan melangkah pergi.

Sejak dicampak di Birmingham ni, sikit-sikit dia kenal apa tu Tuhan dan Islam dari Jo, Kucai dan Adi yang juga kebetulan sama-sama dicampak jauh dari tanah jajahan sendiri.

***

"Macam mana kau bersungguh-sungguh belajar buat trick masa skate, macam tu juga lah kau kena sungguh-sungguh bangun subuh. Dia punya pedih sama je bila kau jatuh dari dek dan bergolek atas trek, kau sedar-sedar dari tidur tengok jam dah terlepas subuh."

Jo dan Adi ikut sama mengangguk.

"Kalau aku, masa awal-awal dulu. Sampai bergaduh dengan diri-sendiri nak bangun subuh."

Kucai meneruskan.

"Sebab tu lah aku sungguh-sungguh nak ubah habit. Tak boleh nak pusing 360 darjah sekaligus, aku mula perlahan-lahan. Bukan senang nak ubah benda yang memang dah sebati dengan kita."

"Betul." Adi menyampuk.

"Nak buang karat-karat jahiliyah tu bukan boleh buat macam tampal dan cabut sticker di kereta. Harini ada, esok dah tak ada. Sekalipun kau cuba untuk buang terus habit lama, aku gerenti sikit-sikit masih ada yang terlekat di hati. Tak hilang sepenuhnya. Yang itu, aku pasti."

Jo hanya mendengar.

"Mula perlahan-lahan." Ed menggumam.

***

Sejadah dibentangkan. Kopiah arwah Tok Abah disarungkan.

Untuk pertama kali setelah sekian lama, dia kembali bersujud. Menghadap kiblat, menghadap Tuhan yang langsung dilupa. Untuk pertama kali setelah sekian lama, dia solat taubat sebelum subuh menjelma. Untuk pertama kali setelah sekian lama, dia menangis di hadapan Yang Maha Esa. Untuk pertama kali setelah sekian lama, dia mengaku yang dia bongkak akan segala yang dia punya sehingga lupa pada yang memberinya. Untuk pertama kali setelah sekian lama, egonya dijatuhkan dengan kuasa Dia.

Adi menyiku Jo yang tengah menghadap komputer riba.

"Apa?" Tanpa suara Jo bertanya.

"Tu." Adi memuncungkan mulut ke arah Ed.

"Oh. Tadi dia tanya, solat taubat macam mana. Kenapa?" Jo menyambung kerja yang terbengkalai.

"Okay." Adi bangkit dari kerusi.

"Kau nak pergi mana Di?" Kucai menyampuk dari pantri.

"Sujud syukur!"

Comments

PanDan_WaNgi said…
Assalam.
Nice one.
Betul lah. Kita memang payah nak betulkan benda yang salah yang memang dah sebati dengan urat darah.
Dah macam bace hlovate punya masterpiece.
Anonymous said…
Nice..

Popular posts from this blog

i